Tuesday, May 17, 2011

+ Andainya Perempuan Tahu . . .

Andainya perempuan tahu,,
Dalam hati seorang lelaki mempunyai naluri untuk disayangi,,
Ada rasa untuk diberi perhatian,,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,,
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya,,


Andainya perempuan tahu,,
Rajuk seorang lelaki minta dipujuk,,
Marah seorang lelaki perlu didekati,,
Sedih seorang lelaki perlu didengari,,
Happy seorang lelaki ingin dikongsi,,


Andainya perempuan tahu,,
Di sebalik 1001 rasa itu,,
Ada sekeping hati nan lembut,,
Bukan untuk dimanjai,,
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh,,
Hanya perlu sedikit perhatian,,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,,


Kerana andai perempuan tahu,,
Hati ini akan selalu bertanya pada diri seorang perempuan,,
"Wujudkah cinta di hati perempuan??
Bila di saat jauh tanpa perkhabaran,,"

Tahukah perempuan??
Lelaki ingin disayangi atas dasar siapa dirinya sekarang,,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,,
Lelaki juga ingin perempuan mencintainya kerana hatinya,,
Bukan rupa parasnya semata-mata,,

No comments:

Post a Comment